Show Mobile Navigation

Promotion

Propellerads
Latest In

Monday, August 31, 2015

Bekas Menteri Besar Dan 2 ADUN Keluar Parti

Unknown - 5:37 AM
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Ahmad yang juga Adun Kijal dalam salinan surat bertarikh 12 Mei yang dihantar kepada Bernama awal pagi ini berkata: "Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Beliau dan Ghazali juga mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat bebas masing-masing bagi kawasan Kijal dan Ajil.
Datuk Seri Ahmad Said
Kedua-dua surat itu dihantar kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan salinan kepada speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Semalam Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Dalam perkembangan lain Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud juga mengisytiharkan keluar daripada Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Roslee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri dalam salinan surat bertarikh 13 Mei yang dihantar kepada Bernama pagi ini berkata: "Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Pada awal Selasa, bekas Menteri Besar Terengganu dan Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib juga mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas masing-masing bagi DUN kawasan Kijal dan Ajil.

Surat Roslee dihantar kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan salinan kepada speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Semalam Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Dengan keputusan Roslee menyertai Ahmad dan Ghazali sebagai wakil Bebas, Barisan Nasional kini mempunyai 14 kerusi DUN diikuti PAS (14), PKR (satu).

Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini malam tadi.

4 Tahun Simpan Duit Dalam Tanah,Lihat Apa Berlaku

Unknown - 5:37 AM
4 Tahun Simpan Duit Dalam Tanah,Lihat Apa Berlaku




Menurut anak wanita itu, Zhang, ibunya menyimpan wang berkenaan di bawah lantai dapur rumah mereka empat tahun lalu.

Dia membungkus wang kertas itu dengan beg plastik, menyimpannya di dalam peti besi sebelum menanamnya.

Wanita itu teringat mengenai wang berkenaan ketika Zhang hendak berkahwin April lalu.

Dia bergegas menggali peti itu dengan harapan dapat mengadakan majlis perkahwinan yang meriah untuk anaknya.

Mengejutkan beliau, kesemua wang tersebut bertukar menjadi rapuh dan hancur apabila dia menyentuhnya.

Zhang cuba meminta bantuan di Bank tempatan. Lin, seorang penilai wang kertas berpendapat, berdasarkan kadar pertukaran semasa, Zhang tidak akan mendapat sepenuhnya wang itu.

Selepas mengambil gambar-gambar wang kertas, Lin berkata bahawa dia akan cuba membantu Encik Zhang menghubungi bank di Nanjing untuk penilaian lanjut.

Kejadian yang sama sebenarnya telah berlaku sebelum ini.

Julai lalu, seorang pekerja asing Guangdong berusia dalam 60-an mendapati bahawa 80 ribu yuan miliknya yang disimpan dalam kandang beliau telah dimakan oleh anai-anai separuh daripada jumlah asal.


Ziela Jalil Dedah Keperitan Hidupnya

Unknown - 5:36 AM
PETALING JAYA: Penerbit drama Ziela Jalil mendedahkan hidupnya tidak terurus selepas suaminya, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub meninggal dunia akibat kanser prostat pada 24 Januari 2008. 




Ziela Jalil atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil, 44, berkata, ketika itu, dia akan ke kubur suaminya setiap hari kerana fikiranya rungsing selain merasakan tidak mampu menguruskan diri serta dua anak mereka iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah yang kini masing-masing berumur 21 dan 19 tahun. 

“Jujurnya, ketika suami meninggal, saya tak tahu macam mana nak mulakan kehidupan saya tanpanya. 

“Maklumlah, kami besarkan anak bersama-sama dan tiba-tiba dia meninggalkan kami. Peristiwa itu membuatkan fikiran saya menjadi runsing. 

“Sehinggakan setiap hari, pada pagi dan petang selama enam bulan saya ke kubur arwah. Bukan tak boleh terima takdir, tetapi saya masih lagi sukar untuk melepaskan dia,” katanya kepada mStar Online. 

Ziela diminta berkongsi pengalamannya selama enam tahun menjadi ibu tunggal selepas suaminya yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, meninggal dunia. 

Selain dua anak kandungnya itu, Ziela mempunyai seorang anak angkat iaitu Ibrahim Junid Abdullah yang baru berusia dua tahun. 

Ziela merupakan isteri kedua Allahyarham. 

Tambah Ziela, dia mula bangkit selepas diberi semangat oleh rakan-rakannya yang mahukan dia meneruskan kehidupan menjaga anak-anak selain menguruskan produksi miliknya Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. 

“Alhamdulillah saya bangkit perlahan-lahan. 

“Dulu jika saya marah anak-anak, saya akan terus menghubungi arwah suami dan dia akan hubungi mereka untuk menjelaskan sebab-sebab kenapa saya marah. Tetapi sekarang ini saya seorang. 

“Cuma ketika setahun selepas arwah meninggal saya mempunyai masalah untuk mendidik anak lelaki saya,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Ziela berkata, dia juga bersyukur memiliki dua anak yang cukup menghormati orang tua. 

Katanya kerana cara didikan dia yang sangat tegas selain memberikan mereka cukup pendidikan agama, kedua-dua anaknya itu mengetahui batas-batas mereka dalam hidup. 

“Alhamdulillah syukur saya mempunyai anak-anak yang sangat menghormati orang tua. 

“Bayangkan, saya cukup tegas dengan mereka malah saya pernah memukul mereka ketika kecil. 

“Antara pengalaman lama, saya pernah memanggil orang untuk membuka pintu bilik Jufri yang dikunci kerana saya mahu tahu apa yang disimpan di dalam biliknya itu,” jelas Ziela. 

Sementara itu, bersempena sambutan Hari Ibu pada Ahad ini, Ziela berkata dia mengharapkan hadiah kejayaan anak-anaknya dalam kehidupan mereka. 

“Saya tak harapkan apa-apa, cuma saya sentiasa berdoa dan berpuasa demi anak-anak agar mereka berjaya dalam kehidupan,” katanya. 

Hari Ibu disambut pada minggu kedua setiap bulan Mei. 


sumber: suaratv

Tun Mahathir Dedah Bukti Duit RM 2.6Bilion

Unknown - 5:36 AM

1. Dato’ Sri Najib dan penyokong-penyokongnya perlu berhenti untuk cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya adalah derma.

2. Tiada siapa percaya atau boleh percaya bahawa wang sejumlah besar itu boleh diderma oleh sesiapa kepada Dato’ Sri Najib atau kepada sesiapa sahaja atas apa jua sebab.

3. Menjelaskan bahawa ia telah diberi kerana pendirian Malaysia terhadap Islamic State (IS) adalah tidak munasabah kerana Islamic State mulai menunjukkan jenama keganasan mereka itu hanya pada tahun 2014 manakala wang itu masuk pada tahun 2013 atau sebelum.

4. Berkata ia adalah kerana sikap kesederhanaan Malaysia dalam Islam adalah juga tidak masuk akal kerana Malaysia tidak pernah berpendirian melampau dalam amalan Islam.

5. Mengapa 700 juta dolar? Sesungguhnya ini adalah terlalu besar untuk keperluan pilihan raya di Malaysia, kecuali ia adalah untuk merasuah pengundi Malaysia. Mengapa ada orang yang mahu merasuahkan pengundi Malaysia supaya Najib boleh menang. Rakyat Malaysia telah menyokong BN tanpa perlu dibayar rasuah besar oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi oleh orang-orang asing.

6. TPM baru mengatakan dia telah berjumpa Arab yang memberikan wang itu. Jikalau begitu hendaklah ia buktikan bahawa Arab ini mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara lain. Apakah sumber wang ini? Apa perniagaan yang dia buat? Apakah nama bank yang dia gunakan? Tunjukkan akaunnya di bank, cek-cek yang beliau keluarkan, terutamanya USD700 juta itu. Bank penerima mesti masih memegang cek-cek itu.

7. Semua maklumat ini mungkin telah pun disahkan oleh pasukan petugas yang empat itu. Tetapi Najib telah membongkarkan pasukan petugas dengan memecat Peguam Negara, menghantar ketua SPRM bercuti, dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia Kerajaan.

8. Sekarang SPRM dikatakan masih menyiasat 2.6 bilion itu. Ia adalah suatu SPRM yang telah dilumpuhkan. Jika Najib serius untuk menyiasat RM2.6 bilion kepunyaannya dalam Ambank, beliau perlu melantik semula pasukan tugas yang asal. Satu pasukan petugas baru yang penuh dengan orang-orangnya tidak mempunyai kredibiliti.

9. Bank perlu mengekalkan kerahsiaan perbankan. Tetapi bank-bank juga dikehendaki melaporkan pengubahan wang haram yang disyaki. Bank-bank Malaysia, bank-bank Singapura, bank-bank Switzerland dan bank-bank Amerika tidak patut merahsiakan perniagaan mereka yang melibatkan wang yang disyaki dicuri. Apa yang telah dilakukan mereka?

10. Apabila wang yang dicuri dimasukkan melalui bank-bank, objektifnya adalah untuk menjadikan ia halal, untuk menyucinya (launder). Namun wang itu telah lesap dari Ambank kerana akaun itu ditutup.

11. Apabila akaun ditutup, ini tidak bermakna bahawa jumlah wang yang besar itu dibawa keluar secara tunai. Ia semestinya telah dipindahkan kepada bank lain. Namun kita tidak mendengar mana-mana bank yang melaporkan wang ini ada pada mereka. Dua akaun dilaporkan dibekukan di Singapura. Itu sahajakah? Sesungguhnya pemegang akaun perlu disiasat. Tetapi setakat ini tiada apa yang kedengaran. Adakah bank-bank boleh ambil wang ini! Jika ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang perlu diambil, sudah jelas wang ini telah dicuci (laundered).

12. Jika ini adalah demikiannya, maka mengapa bank perlu meneliti sejumlah wang yang banyak yang didepositkan dengannya. Lebih baik mereka langsung tidak meneliti jika jumlah besar yang mencurigakan itu, yang menjadikan subjek penuh kontroversi ini, disimpan sahaja oleh mereka.

13. Orang ramai mempunyai hak untuk tahu kerana orang ramai tidak percaya bahawa RM2.6 bilion adalah hadiah peribadi kepada PM Malaysia untuk beliau memenangi pilihan raya. Rakyat Malaysia tidak mahu mempercayai bahawa calon mereka untuk pejabat tertinggi di negara ini merupakan penama seseorang dari negara lain. Apakah yang akan menjadi kewajipan beliau kepada penyokong-penyokong? Adakah beliau akan berkhidmat untuk rakyat Malaysia atau untuk negara asing?

14. Berhentilah berfikir bahawa rakyat Malaysia bodoh.

WANITA BERUSIA 29 TAHUN INI BERKAHWIN BABI HUTAN, SETELAH SETAHUN INILAH HASILNYA YANG AMAT MEMERANJATKAN

Unknown - 5:36 AM
Seekor babi hitam seperti suami dengan membenarkan babi berkenaan tidur di atas katilnya. Babi itu diberi nama Dinky.

Maria yang bekerja sebagai guru muzik di sebuah sekolah, mengatakan, dia mula jatuh cinta dengan dengan babi hitam itu pada pandangan pertama, sebelum bertindak mengahwininya.

“Saya telah membeli babi itu pada tahun lalu. Dinky seekor babi yang lucu dan menghiburkan,” katanya.

Selain babi hitam itu, Maria juga memiliki 16 haiwan peliharaanya lain. Dinky ialah binatang peliharaannya yang paling disayangi sehingga sanggup tidur dengannya satu katil. 




Che Ta Dikecam Netizen Kerana Mulut Laser Ketika Mengkritik Peserta Bertudung Akademi Fantasia

Unknown - 5:35 AM


Kesian aziah , dikritik begitu , " lagu ini sedap tapi kenapa aziah nyanyi tak sedap "
Bagi admin , itu kritikan lembut dan tidak berlakunya nada keras berbanding jika dahulu pernah adlin aman ramli , chef wan , ogy ahmad daud . Mereka lagi melontarkan kritikan yang menyakitkan hati . Hahaha .. Industri seni memang begini , bukannya artist-artist yang sekarang tak pernah kritik cara mereka , lagi pedih rasanya . Jadi , peminat dan penonton pun harus pandang sudut lain , kritik untuk perbaiki bukan untuk down . :)






Previous
Editor's Choice