Show Mobile Navigation

Promotion

Propellerads

Monday, August 31, 2015

Bekas Menteri Besar Dan 2 ADUN Keluar Parti

Unknown - 5:37 AM
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Ahmad yang juga Adun Kijal dalam salinan surat bertarikh 12 Mei yang dihantar kepada Bernama awal pagi ini berkata: "Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Beliau dan Ghazali juga mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat bebas masing-masing bagi kawasan Kijal dan Ajil.
Datuk Seri Ahmad Said
Kedua-dua surat itu dihantar kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan salinan kepada speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Semalam Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Dalam perkembangan lain Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud juga mengisytiharkan keluar daripada Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Roslee yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri dalam salinan surat bertarikh 13 Mei yang dihantar kepada Bernama pagi ini berkata: "Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Pada awal Selasa, bekas Menteri Besar Terengganu dan Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib juga mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas masing-masing bagi DUN kawasan Kijal dan Ajil.

Surat Roslee dihantar kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan salinan kepada speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Semalam Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.

Dengan keputusan Roslee menyertai Ahmad dan Ghazali sebagai wakil Bebas, Barisan Nasional kini mempunyai 14 kerusi DUN diikuti PAS (14), PKR (satu).

Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini malam tadi.

0 comments:

Post a Comment