Kuala Lumpur – Hans Wong, bekas kekasih Tasha Shilla akan mendedahkan bukti dalam bentuk rakaman video berkenaan dengan kejadian serangan di sebuah kelab malam, baru-baru ini.
“Saya ada semua bukti berhubung insiden berkenaan dan selepas semua siasatan dilakukan saya sendiri akan dedahkan dalam Instagram saya tentang kebenaran kejadian itu,” kata Wong dipetik laporan mStar Online.
“Saya tidak berbohong malah ramai orang yang melihat kejadian itu termasuk beberapa rakan artis yang turut berada di kelab sama,” jelasnya lagi.
Menurut Wong, dia cuma mahukan keadilan dan bukan bertujuan untuk memburukkan sesiapa.
Sebelum ini, seorang wanita bernama Carmen mendedahkan Wong telah dipukul oleh sekumpulan lelaki.
“Saya ada semua bukti berhubung insiden berkenaan dan selepas semua siasatan dilakukan saya sendiri akan dedahkan dalam Instagram saya tentang kebenaran kejadian itu. Saya tidak berbohong malah ramai orang yang melihat kejadian itu termasuk beberapa rakan artis yang turut berada di kelab sama”
“Tujuan saya bukan untuk memburukkan Tasha tetapi saya ingin mencari keadilan kerana saya tidak bersalah dalam hal tersebut. Saya tidak tahu apa motif dia kerana kami sudah lama tidak berjumpa tetapi setiap masalah boleh berbincang secara baik dan bukannya mencetuskan masalah,” jelasnya kepada mStar Online.
Selain itu, dalam masa yang sama, Hans mengakui bahawa wanita yang dikenali sebagai Carmen adalah kekasihnya dan dia tidak bersalah hal tersebut selain turut kasihan kerana wanita berkenaan turut sama diserang.
Ketika hendak pulang kata Han, dia terkejut keretanya telah dirosakkan oleh hampir 20 lelaki yang tidak dikenali tetapi dipercayai ada kaitan dengan Tasha dan ibu bapa Tasha Shila turut ada bersama mempersoalkan kejadian yang terjadi.
0 comments:
Post a Comment